Wednesday 9 November 2011

SewakTuw ApabiLA d;joWdoh KAn !

Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan kebahagiaan bersama bukan? Malangnya, panas yang disangkakan hingga ke petang, tiba-tiba hujan di tengah hari…
“..kita putus..”
“..sampai di sini..”
“..ceraikan saya..”
“..tak ada jodoh di antara kita..”
“..aku bukan untukmu..kamu berhak dapat yg lebih layak..”
Kita manusia. Manusia merancang. Namun ALLAH Maha Sempurna perancanganNYA. “Wallahu Khairul Maakirin.” (Allah sebaik-baik perancang segala rencana.) Oleh itu jangan cemarkannya dengan sekelumit prasangka.
Hubungan pula PDH bahagikan kepada dua:
  • Hubungan yang diredhai (selepas nikah).
  • Hubungan yang diragui (sebelum nikah)
Tetapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.
Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment